Bismillahirrahmanirrahim..
Harini 14 Disember 2013. Masih lagi berbaki 2paper untuk imtihan thani. Fuhh.. Perasaan student tahun akhir tambah tambah lagi fasal akhir ni, luar biasa sikit. Tapi tak pastila luar biasa tahap mane. Huhuhu. Harini hari ketiga turun salji. Dah 3hari berhibernasi di rumah. Rase macam tak produktif & proaktif langsung. Teruk kan? Nak main salji pun malas dan tak semangat. Nak tulis blog pun asyik bertangguh-tangguh. See, teruk sangat, Fatimah Azzahra.
Alhamdulillah, harini menggagahkan diri menghadap laptop kesayangan. Walau terpaksa. Dengan tangan yang mula membengkak menunjukkan simptom simptom syita' telah berleluasa pada diri ini. Banyak yang nak dikongsikan sempena syita atau winter terakhir di sini.
Winter tahun ni sangat sejuk nak dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya. Mane tak sejuknya, tiba-tiba aje turun salji tanpa petanda. Turun salji pulak kali ni selama 3 hari berturut-turut. Tak sempat nak cair salji yang semalam, harini still turun lagi. Without fail. Satu perkara yang sangat rare sepanjang 4 tahun kt sini.
Kami yang duduk dalam rumah yang sempurna. Walau tak ade pemanas atau dipanggil sobah. Sekurang-kurangnya masih ada cadar elektrik. Sekurang-kurangnye masih ada selimut tebal 8kg. Macam mane ye pelarian-pelarian Syria. Baby-baby mereka. Kanak-kanak. Orang-orang tua. Sangat sedih kalau membayangkan keadaan mereka. Moga Allah mudahkan urusan mereka. Moga Allah kuatkan hati dan jasad mereka.
Antara sebab tak excited sangat nak main salji adalah sebab teringatkan mereka-mereka yang dalam keadaan kesusahan ni la. Antara sebab lagi adalah saya rasa bumi dah semakin tua. Perjalanan sistem bumi dah makin huru hara. Tengok, tanpa apa petanda tiba-tiba salji turun. Sangat mengejutkan. Setiap hari yang sejuk ni, bila time makan je mesti ingatkan diri sendiri jangan membazir. Jangan buang-buang makanan. Sebab orang-orang lain lagi susah nak dapatkan makanan. Allahu.
Tapi tetap keluar main jugak sikit-sikit demi meraikan sahabat berdua ni.. Asyik duk mengulang kali terakhir, kali terakhir. Huhuhu. Main sekadarnya je lah. Tambahan pulak alatan tak berapa nak lengkap. Kasut salji saya tak pernah beli walaupun dah 4tahun study kat sini. Teruk kan? Nampak sangat tak se excited orang lain. Baju salji pun pakai baju yang sama yang dibeli masa tahun satu dulu. Tak up to date langsung. Saya kira, saya sangat tak sesuai untuk bertahan dalam cuaca winter ni lama-lama sangat. Sebab banyak sangat ujian fizikal yang mendatang. Tangan bengkak, selsema yang takkan pernah berhenti, kaki gatal tanpa sebab. Ni la simptom syita' saya yang menyebabkan saya nak habiskan syita' ni cepat-cepat.
Salji yang terakhir, Winter yang terakhir. Moga-moga Allah mudahkan perjalanan kehidupanku.
seikhlas kasihku ; Allah yang menurunkan salji ini dengan kehendakNya. Begitu juga, Allah lah yang memegang hati ini dan Dia juga yang berhak mengurniakan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya. Moga-moga kita adalah golongan yang diberi hidayah olehNya. Ameen.
seikhlas kasihku ; Makin dekat nak grad ni, makin banyak soalan cepumas. Bercampur dengan harapan seorang mak. Moga segala doa-doa mak dan diri ini dikabulkan Allah, tuhan Yang Maha Tahu. Moga-moga. :)







































