Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, November 24, 2013

M A N U S I A

Bismillah..

Dengan nama Tuhan yang satu aku mulakan kalam ini. Entah kenapa tiba tiba ingin mencoret tentang cerita tentang manusia. Ciptaan Allah yang sangat istimewa. Sangat bertuah.

Aku manusia. Dia manusia. Mereka manusia.

Walau sejenis ciptaan yang sama namun pelbagai ragam kerenah dan tabiat yang berbeza beza. Hatta wajah, bentuk badan, warna kulit dan rambut sekalipun Allah ciptakan berlainan. Subhanallah. Maha Hebat, Allah yang menciptakan.

Sepanjang hidup selama 23tahun, bermacam rencam manusia telah aku temui. Bukan sekadar satu atau dua tapi beratus atau beribu mungkin. Ada yang memberi kesan dalam kehidupan. Ada yang sekadar singgah bagai angin yang yang menderu. Namun masing-masing punyai peranan tertentu buat aku.

Kadangkala, aku terfikir, adakah wujud manusia seperti itu dan seperti ini. Kadangkala aku terfikir tak mungkin akan wujud manusia semacam ini atau semacam itu. Hinggalah Allah yang maha kuasa menunjukkan bukti buat aku. Dihadirkan buat aku, manusia yang aku menafikan kewujudannya. Dihadapkan pada ku masalah dan ujian yang tak terjangkau dek akal yang terbatas ini. Masya Allah!

Allah, kadangkala aku terkedu dan terduduk saat Kau datangkan ujian berkaitan manusia buat aku. Hingga seketika akalku tak mampu untuk berfikir lagi. Namun aku yakin Ya Allah, Kau mahu ajarkan aku pelbagai lagi pengalaman. Kau mahu jadikan aku hambaMU yang sentiasa bersangka baik.

Allah sangat sweet dan kreatif dalam mendidik hati hambaNYA. :)





No comments :

Post a Comment