Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Wednesday, August 12, 2015

5 Ibnu Sina & Ibnu Taimiyah

Assalamualaikum wbt.

Harini kelas 5 IS dan 5 IT belajar tentang blog.

Wednesday, April 1, 2015

Hati








Hati
Kadang sukar difahami
Kadang payah diselami
Kadang menangis walau gembira
Kadang tersenyum kala duka

Hati
Ia berdetik tak menentu
Ia berpusing tak menunggu
Ia rapuh seperti kaca
Namun kuat tiba-tiba

Hati
Tuhan kurniakan untuk semua
Tanpa mengira status dan rupa
Untuk mencinta jua dicinta
Bukan untuk kesumat dan lara

:)

Monday, March 30, 2015

keif hal ya zahra'?








Zahra' ku masih begini
Termenung menanti
Sesuatu yang merunsingkan hati.

Zahra' ku masih di sini
Lelah mengejar duniawi
Yang tak pernah penat mencengkam nafsi

Zahra' ku masih sendiri
Kadang rusuh melanda naluri
Kadang gemuruh menggoncang
Menbungkam jiwa
Dalam penantian ini.

Zahra' ku hanya manusia
Lupa itu biasa
Terjatuh itu dunia
Sedih pilu itu sepak terajangnya.

Zahra' ku
Jiwa itu kosong
Kerna cinta yang dikau puja
Hanya bermaksud memiliki
Padahal cinta yang sebenar
Adalah bebas mencinta
Tanpa terma
Tanpa asbab

Zahra' ku
Teruskan mencinta
Walau kadang tidak berjaya
Walau kadang tidak dicinta
Teruskan menanti
Bersama cintaNya yang tiada terhenti.

Zahra' ku.....

Tuesday, January 6, 2015

I'm a happy cook! :)




Alahai, harini tetibe rindu pulak dengan hobi zaman-zaman di Jordan. Balik dari Jordan, hobi tu diteruskan sampai jadi bisnes. Bile dah masuk UM, hobi dah menghilang ke mana dah. Huhu. Cooking is my passion. Cooking is the therapy. Right kan?

Ni koleksi masakan yang kadang-kadang rajin sangat duk capture gambo. Hihihi.. :) 




Cheezy Ball tak jadi sebab bread crump tak bes kt Jordan. Huhu.

Waa.. Rindu masa picnic di Ain Sara, Karak, Jordan.

Masakan selepas final exam. Nasi impit + kuah kacang + sate goreng.. telan ailio nengok weii..

Picnic di Ain Sara. Gabungan 4buah rumah.

Sushi King bersama housemates sebelum buka sem.


Nasi Butter + Ayam Bakar + Coleslaw + Sos masa open house Aidil Adha di Jordan.



Puding Laici orang menganggur. Hoho. Lame tak buat..




Ayam masak kicap awal Ramadhan.

Bisnes Baked Macaroni + Cheese. Hooiii Rindu nak masak awak..




Cotton Japanese Cheese Cake sempena Aidil Fitri 14

Buat Roti. Uli sendiri ni. Semangat. Haha.


Mee Goreng + Kopok Lekor. Gabungan Meletop..

Roti cicah mushroom soup.

Spaghetti Bologneise request from Sarah b4 fly to Mesir from Jordan

Nasi Beriani + Dalca + Ayam berempah hitam sebab madu bukan hangit. Haha.

My feveret ever. Pavlova bikin sendiri bukan beli.

Mini pavlova

Nasi Lemak sardin untuk tok wlpn tak cukup bahan. huhu.
Ramdhan ke berapa ntah. Singgang Sotong + Cencaru Sumbat + Terung Bakar
Sebelum Ramadhan. Alter lauk kedai. Ikan 3 Rasa + Gulai Daging
Akhir Ramadhan, onde-onde buat sendiri. Baru puas hati..
Bisnes pizza.
Bergedil request dari puteri bongsu.


Ice cream cake untuk hari guru. :)







Saturday, January 3, 2015

Ajar kan aku.

Rabbi,

Ajarkan aku untuk redha akan setiap ketentuanMu,

Ajarkan aku untuk terus berlapang dada,

Ajarkan aku untuk menjadi hamba.

Rabbi,

Sukarnya untuk ikhlas,

Susahnya memaksa untuk istiqamah,

Maka, ajarkan aku untuk menjadi sang mukhlis.

Kerana,

Aku bukan malaikat,

Yang setiap perintahMu ditaatinya,

Yang hidup sentiasa mengabdi diri kepadaMu.

Aku hanya manusia,

Hamba berdosa,

Punya nafsu yang berhantu,

Punya kehendak yang tak putus.

Namun, aku mahu,

Jadi hamba yang redha,

Ikhlas dan istiqamah,

Maka, terus ajarkan aku,

Dalam setiap jatuh bangunku,

Dalam setiap sepi hidupku,

Supaya hidupku, hatiku hanya dipenuhi dengan kecintaan aku kepadaMu, Tuhanku.

Ya Allah.. Penguasa langit bumi.. Pencipta cinta sebenar-benar cinta..

Rindu!

Tuesday, December 30, 2014

Kompilasi 2014

Assalamualaikum wbt. Rindunye nak tulis panjang-panjang macam dulu. Rindunye waktu-waktu dulu yang penuh idea untuk dicurahkan dalam blog ni. Sekarang semua idea bertumpu pada assignments, kertas kerja dan artikel. Huhuhu. Otak rase keras je. Penulisan pun kurang umphh dan seni. Aduhai, rindu kenangan dulu. 

Harini terpanggil nak buat kompilasi 2014. Tahun ni tak banyak bercerita dan tak banyak menulis. Tapi, apa pun, salam takziah kepada mangsa banjir, MH17, MH370 dan the latest one QZ8501. Memang betul-betul tahun yang penuh tragedi dan ujian. Yang pasti, ujian Allah bukan sia-sia. Pasti ada sesuatu, pasti ada hikmah. Ayat cliche. Huuu. Teruskan bertabah buat yang terlibat. Bagi yang tak terlibat, teruskan mendoakan kebaikan untuk saudara-saudara kita. Teruskan mencari hikmah dalam setiap siri ujian yang Allah turunkan. 

Berbalik kepada niat asal, nak mencoretkan kenangan manis, masam, pahit, tawar sepanjang 2014 ni. Moga-moga dapat jadi pedoman dan manfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Orang sekeliling? Sape pun tak tahu. Huuu~

1) Kita mulakan dengan awal tahun yang dipenuhi dengan exam untuk final semester. Alhamdulillah semua najah dan lulus. Maka, dengan rasminya bergelar graduan ijazah Syariah dari Universiti Mu'tah, Jordan. Alhamdulillah wa syukrulillah. Sangat-sangat bersyukur kerana ia satu perjalanan yang panjang yang kadang-kadang rasa mustahil untuk habiskan. Rasa sangat berat dan sukar perjalanan nak dapatkan Bachelor Of Syariah.  T_T

Hanya Allah yang tahu, perit, tangis segala bagai yang dilalui sepanjang berada di sana. Pelbagai siri ujian hati, ujian ukhuwah, ujian diri sendiri dan pelbagai ujian lagi lah. Namun, Dia takkan menguji kalau diri ini tak mampu hadapi. Kan? 

Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah air 1 Mac 2014 setelah transit selama hampir 12jam di Muscat, Oman. Bosan sebenarnye asyik naik Oman Air, tapi apakan dayaku, itu je yang termampu. Ni jugak dikatakan prinsip makan tuan. Dulu-dulu, asyik pesan kat orang, naik je flight ape2, biar transit lame-lame pun asalkan selamat sampai sudoh. Sekali sampai ke khirij, memang transit lame sokmo. Huhuhu..

Hari Terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air. Perasan tak sape yang over. Hoho.


Teman yang sentiasa bersama susah senang. Sayang kalian.

2) Double happiness 2014 adalah dapat dua orang anak sedare sekaligus. Setelah lima tahun menanti, Alhamdulillah, Allah yang maha penyayang dan pengasih kurniakan Qisya Basyirah kepada kami pada 16 Januari 2014 dan Muhammad Faqih pada 12 Ogos 2014. Memang kedua-dua kanak-kanak kecik ini menjadi favourite Mama Ti dyeorang ni. 

Mama Ti's little sweethearts



3) Tahun ni dapat hadiah birthday paling best iaitu kembali menerbangkan diri ke Yaman. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak berziarah ke sana. Yang paling istimewa adalah sebab bermusafir bersama kesayangan saya iaitu mak dan ayah. Dan yang menunggu di sana adalah Firdaus, Syafiq, Kak Hasiah dan Sarah. 

Fly again on 10th August



Bersama Kesayangan

Di Yaman, antara pengalaman terbaik adalah meliht sendiri keagungan dan kebesaran Allah Taala ketika saat-saat Muhammad Faqih keluar menjengah dunia. Masya Allah, dapat menyaksikan sendiri kesakitan seorang ibu bertarung untuk melahirkan seorang khalifah Allah di dunia ini. Dan yang paling istimewa,  ia adalah natural birth tanpa sebarang bantuan ubat ataupun alatan lain seperti gunting atau vakum. Pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan dilupakan.

Kat sana juga, ditugaskan sebagai maid sepenuh masa, seawal pagi mandikan Muhammad Faqih, sediakan sarapan untuk kakak ipar, sediakan air mandian kakak ipar, bakar tungku, basuh baju, lipat baju, masak lunch & dinner dan pelbagai kerja lagi. Memang tak sempat berjalan pun kat sane. Dah memang niat dari awal lagi, ke sana sebab nak jaga orang pantang. So, memang itulah kerjanya. 

Muhammad Faqih, setelah hampir 12jam kelahirannya.


Hanya seminggu terakhir baru berpeluang ziarah maqam dan masjid dan sebagainya. Namun, sangat banyak ibrah yang dapat ketika di sana. Tak terungkap dengan kata-kata. Sehingga saat ini, masih banyak ibrah yang berbekas di hati. Allahu. Moga diizinkan sekali lagi~

Di hadapan maqam Faqih Muqaddam, seorang wali besar di Tareem.
4) Seterusnya, kembali ke Malaysia dengan memegang status seorang postgraduate student. Huhu. Akhirnya, kembali menjadi seorang mahasiswa. Alhamdulillah. Namun, kadangkala macam tak percaya ini satu keputusan yang dibuat. Tanpa apa-apa persediaan, ia sebenarnya sangat menguji. T_T    Tapi, seperti kata pepatah, terlajak perahu berundur, terlajak mendaftar, teruskan hingga ke akhirnya. Moga Allah kuatkan hingga ke akhirnya. Moga Allah kurniakan kesabaran, ketabahan dan ketenangan berpanjangan. Ameen~

Not so me. Seorang Fatimah Azzahra di library.

Not so me. Fatimah Azzahra menyiapkan 4 assignments di rumah manis rumah.
Kadang-kadang, saya rasa menjadi seorang Fatimah Azzahra yang baru. Yang setiap hari bangun pagi terus fikir tentang assignments, tentang library, tentang presentations. Yang hilang hanyut di dunia sendiri. Saya hilang Fatimah Azzahra yang food lover, yang passionnya memasak. Saya hilang itu semua sehinggakan berlaku pelbagai ujian dan konflik hati sehingga saya terduduk jatuh. Parah. Itu yang mampu saya katakan. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah tempat saya mengumpul kekuatan. Tidak disangka ujian yang sama berlaku pada semester sebelum terakhir kembali setelah setahun. Kembali ketika saya dalam proses penyembuhan. Memang sangat sadis.. ~

Tapi, Alhamdulillah. Fatimah Azzahra masih kekal kuat berdiri sendiri, memujuk diri sendiri walau kadang-kadang airmata yang menemani. Airmata dalam hati la kot. Macam takde airmata dah nk keluar untuk perkara-perkara seperti ini. :) *senyumkelat*

5) Perkara paling common kot di usia menginjak ke 24 tahun ni. Menghadiri walimah sahabat-sahabat. Jelesss kot. Tapi insya Allah, ada yang terbaik nanti. Akhir-akhir ni perkhabaran-perkhabaran sahabat berbadan dua sangat banyak. Alhamdulillah rezeki mereka. Saya sekarang dah jadi pakar rujuk ibu mengandung dalam grup. Huhu. Walaupun tak kawen lagi. Hahaha. Kadang-kadang tips nak beranak ataupun anak sakit, atau tips breastfeed ramai yang merujuk pada saya. Berguna jugak eh study awal-awal pasal ni. Alhamdulillah. :)


Masa si pengantin lelaki solat jumaat, kami menggila di pelamin. Haha

Hari walimah ni, kami ada sebelas jemputan. Pengsan ~
6) Yang terakhir di tahun 2014, saya masih begini. Kembali menjadi mahasiswa, masih lagi memegang status sendiri, masih dan sedang dalam proses penyembuhan. Tiada perbezaan yang ketara. Huhu. Masih masi masih. Moga Allah yang penuh cinta, mengurniakan cinta abadiNya buat saya.. Masih lagi dalam proses mencari cinta kasih Tuhan. :)

Selesai kompilasi 2014 yang penuh suka duka. Penat menangis, Allah gantikan dengan senyum manis. Lalai dari mengingatiNya, Allah kirimkan ujian. Inilah adat seorang hamba dan Tuhan. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mengingati dan mensyukuriNya. Ameen~.

2014, terlalu banyak perkara baru yang dipelajari. Pelbagai rencam kehidupan yang dilalui. Moga segala yang berlaku dijadikan pedoman buat melalui 2015 yng mendatang. Allah, kuatkan dan lindungi ku dari putus asa. Ini doa yang saya pinta saban hari. Agar ujian yang melelahkan hati ini tidak sampai memberi kesan pada kepercayaan saya. Yang itu paling dirisaukan. Moga-moga. :)

Monday, December 8, 2014

Perempuan

Perempuan,

Fikirannya banyak,

Namun hatinya satu.

Sekali sayang selamanya kasih.

Perempuan,

Airmatanya banyak,

Namun adakala tidak terzahir.

Perempuan,

Lukanya perit,

Pedihnya sakit,

Namun luaran kuat tidak berkutik.

Perempuan,

Dicinta dikasih,

Bukan untuk dipermain hati,

Bukan untuk dibiar sepi.

Perempuan,

Hargailah dia, jangan sampai dia menangis lagi..

p/s : kadang kadang aku serik untuk memberi hati. Namun apakan dayaku. Oh, penatnya menanti. Aku bukan tiada hati. Aku punya hati. Aku punya cinta. Bukan untuk dipersia.
Allah, kuatkan aku.