Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Sunday, November 24, 2013

M A N U S I A

Bismillah..

Dengan nama Tuhan yang satu aku mulakan kalam ini. Entah kenapa tiba tiba ingin mencoret tentang cerita tentang manusia. Ciptaan Allah yang sangat istimewa. Sangat bertuah.

Aku manusia. Dia manusia. Mereka manusia.

Walau sejenis ciptaan yang sama namun pelbagai ragam kerenah dan tabiat yang berbeza beza. Hatta wajah, bentuk badan, warna kulit dan rambut sekalipun Allah ciptakan berlainan. Subhanallah. Maha Hebat, Allah yang menciptakan.

Sepanjang hidup selama 23tahun, bermacam rencam manusia telah aku temui. Bukan sekadar satu atau dua tapi beratus atau beribu mungkin. Ada yang memberi kesan dalam kehidupan. Ada yang sekadar singgah bagai angin yang yang menderu. Namun masing-masing punyai peranan tertentu buat aku.

Kadangkala, aku terfikir, adakah wujud manusia seperti itu dan seperti ini. Kadangkala aku terfikir tak mungkin akan wujud manusia semacam ini atau semacam itu. Hinggalah Allah yang maha kuasa menunjukkan bukti buat aku. Dihadirkan buat aku, manusia yang aku menafikan kewujudannya. Dihadapkan pada ku masalah dan ujian yang tak terjangkau dek akal yang terbatas ini. Masya Allah!

Allah, kadangkala aku terkedu dan terduduk saat Kau datangkan ujian berkaitan manusia buat aku. Hingga seketika akalku tak mampu untuk berfikir lagi. Namun aku yakin Ya Allah, Kau mahu ajarkan aku pelbagai lagi pengalaman. Kau mahu jadikan aku hambaMU yang sentiasa bersangka baik.

Allah sangat sweet dan kreatif dalam mendidik hati hambaNYA. :)





Saturday, November 16, 2013

1435

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama rasanye tak menghadap laptop kesayangan secara formal. Harini baru dapat tengok betul-betul. Kebetulan ade kerja yang memaksa Cik Siti ni buka laptop kesayangan ni. Huhu. Barulah dapat update blog. Rindu sangat pada blog ni. Banyak nak nukilkan cerita dalam ni. Coretan coretan tentang Cik Siti yang ada jatuh bangun dalam kehidupannya.Sepanjang Cik Siti menyepi ni sebenarnya banyak sangat perkara & peristiwa yang berlaku. Ada yang manis, pahit, masin, payau dan macam-macam rase lagi lah. 

Sekarang ni, Cik Siti dah berada di semester akhir pengajian dengan tujuh subjek. Yang semuanya agak mencabar diri dan hati. Setiap Ahad, Selasa & Khamis, kelas habis jam 5pm. Isnin & Rabu pulak kelas habis jam 330pm. Tu yang memang tak sempat nak menghadap laptop dan blog ni. Memang rindu tapi apakan daya kena utamakan apa yang penting dahulu. Dah semester akhir ni, banyak yang nak kena fikirkan. Bukan sekadar pelajaran sahaja malah macam mana nak praktikkan ilmu nak kne fikir. Kadang-kadang sesak kepala setiap hari. Macam-macam yang dalam minda ni. Moga Allah terus kuatkan Cik Siti dalam langkah ini. Mudh-mudahan.



Semester kali ni memang agak mencabar. Perasaan homesicknye agak keterlaluan. Kadang-kadang rase give up tu memang muncul tapi sentiasa pujuk hati, pujuk diri sendiri. Allah tahu, Allah lihat, Allah dengar. Jangan putus asa. Memang sentiasa pujuk. Huhu. Kemalasan pun memang sentiasa melanda diri. Memang kena kuat lawan nafsu dan bisikan syaitan. Mujur Allah hadirkan insan insan yang tak jemu-jemu bagi semangat dan kekuatan. Insan yang jauh tapi dekat di hati. Insan yang dekat di sisi dan di hati. Sungguh, mereka sentiasa menguatkan. Terima kasih Allah..




Masuk tahun keempat bersahabat, mereka berdua masih tak jemu membantu saat jatuh, mengejutkan saat terlena, menjadi bahu dan telinga berkongsi rasa. Walau kadang-kadang ada yang terasa, namun itu tak membuatkan kita terasing terlalu lama. Terima kasih, sahabat sayang. Pasti akan merindui kalian!

Moga Dia terus menguatkan daku di langkah perjuangan ini. Terus kuat. Terus bersemangat! Insya Allah.. :)

seikhlas kasihku ; 1435, tahun baru. Bakal menginjak ke usia 23. Masih lagi dalam perjalanan mencari diri & penantian ini. Moga Allah mudahkan segalanya. Masih lagi rahsiaNya.

seikhlas kasihku : Ini entry permulaan. Banyak merapu. Tiada fokus. Nanti ada masa terluang, mahu nukilkan lagi. Insya Allah.. Jumpa lagi..