Masya Allah, Subhanallah. Lamenye tak menjenguk di salah satu tempat luahan rasa saya ni. Sangat rindu blog niiiiii. Rindu yang tak terkata. Tapi apakan dayaku, masa sangat mencemburui diriku ini. Alhamdulillah, saya dah selamat grad pada bulan Februari lalu. Hahaha. Lama kan baru dapat update. Teruk betul. Tsumma alhamdulillah lagi, sebab sekarang sedang mennyambung study di peringkat master. Tapi bukan kat Jordan lagi, sekarang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
![]() |
| The very simple convocation ceremony |
Dengar macam bahagia dapat sambung kat Malaysia tapi sedih jugak sebab still jauh dari mak ayah. Huhuhuu. T_T Makin dekat makin fragile. Cume bila makin dekat bolehlah balik dengan kekerapan yang tinggi. Hahahaaha. Setakat ini, saya berjaya menenangkan hati saya untuk balik hampir every weekend. Huhuhu. Mak dan ayah dah tak dapat nak kate ape. Redha je kalau anak dara yang sorang ni nak balik. Hihihihi. Padahal assignments berlambak2 yang tak siap. Huhuhu. Kalau housemates sampai naik pening tengok saya asyik lesap bila tiba hari khamis malam. Hehehe.
Ini Fatimah Azzahra, luaran nampak keras tapi hati sangat tisu. Huhu. Memang kena akui hal itu. Saya sangat sensitif apabila sesuatu yang berkaitan dengan keluarga lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan mak ayah. So, for the time being, selagi masih lagi belum terikat dengan sapa-sapa, saya still bebas untuk buat keputusan. Jadi, ni memang waktu yang terbaik untuk berbakti kepada mak dan ayah. Ye dak?
![]() |
| Perancangan masa sebelum grad |
Lama tak menulis di blog, rasa macam dah hilang skill penulisan blog. Huhu. Macam dah menulis assignments dah rasenye. Aduhaiiii.. =_=
Alhamdulillah.. saya dah masuk 24tahun pada 29 Muharram baru ni. Masya Allah. Thank you Allah sebab masih lagi bagi izin untuk menumpang di bumiNya ini. Thank you mak dan ayah yang telah sabar dan tabah membesarkan anak dara yang sangat-sangat degil dan tak dengar kate. Selalu ikut je kehendak dan kemahuan anak dara sorang ni. Hehe. Alhamdulillah wa syukrulillah 'alla kulli ni'mah.
Selama 24 tahun ni, dah macam-macam yang dah berlaku dalam kehidupan saya. Manusia datang dan pergi. Hati masih lagi berbolak balik. Masih lagi cuba memperbaiki diri supaya jadi yang lagi baik. Masih lagi sedang dalam proses healing walau tak seteruk dulu. Masih lagi dalam proses pencarian even kawan-kawan dah ramai menamatkan zaman bujang mereka. Heee.. ~
Namun, apa pun berlaku, saya harap moga Allah sentiasa pandang saya dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya. Moga Allah sentiasa dengar doa-doa saya saban hari. Moga Allah kuatkan dan tabahkan hati saya. Moga Allah tak tinggalkan saya walau sesaat pun. Dan moga saya jadi yang terbaik untuk Allah, untuk diri sendiri, untuk mak,ayah dan keluarga, untuk manusia-manusia di sekeliling saya. Ameen~
![]() |
| Thank you Allah! |
Man's feeling is unpredictable. So, stay focus, stay strong. Once Allah said 'kun' then, it'll be the right time for you. Insya Allah. The right person will come at the right time. Teruskan memperbaiki diri kerana Allah. Sayangi diri sendiri kerana di situlah bahagia tercipta. :)
p/s : simple motivation and booster untuk diri sendiri yang lemau. Hahahaa...



