Assalamualaikum wbt.
Salam 3 Ramadhan, Jumu'ah Mubarakah. Dah baca Al-Kahfi? Moga sentiasa dihidupkan hati-hati kita untuk mengingatiNYA. Ameen. Dah lame tak tulis secara formal. Asyik random je. Hee..
Bercakap pasal ukhuwah, hubungan persahabatan atau hubungan sesama manusia memang banyak sangat ujiannya. Kadang-kadang sampi tak tertanggung. Kadang-kadang hingga tak terjangkau dek akal. Masya Allah. Subhanallah. Allah maha hebat. Dia hanya satu tapi Dia menciptakan semua manusia dengan pelbagai rasa dan cara. Pelbagai rencam dan ragam. Pelbagai kerenah. Dan Allah juga yang maha mendengar segala doa dan aduan hambaNYA tanpa pernah gagal. Sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besar masalah yang diadukan. Dan Allah jua ada caranya tersendiri to comfort us, untuk menyembuhkan kita andai kita disakiti. Untuk selesaikan masalah andai kita kebuntuan. Dia sentiasa ada.
Dalam menjalin ukhuwah kadang-kadang ia teruji. Tak selalu ia manis. Ada ketika pahit menjelma. Kadangkala airmata menemani. Senyuman menyembunyikan diri.
Tika ukhuwah teruji, kembalilah kita pada yang mencipta kita. Kembalilah kita kepada Allah. Hitung kembali apa yang kita laksanakan sepanjang berukhuwah. Muhasabah kembali. Jangan sentiasa menyalahkan orang lain. Nilai diri kita dahulu. Mungkin adakala apabila kita terlalu asyik kita berukhuwah dengan sahabat sefikrah, kita tinggalkan sahabat yang lain. Mungkin adakala kita terlalu asyik berdendam dengan manusia yang melakukan kesilapan kepada kita. Mungkin adakala hati kita belum ikhlas dalam membina ukhuwah.
Jernihkan hati kita. Betulkan kembali jalan-jalan yang kita lalui sepanjang ukhuwah ini. Mungkin adakala kita tersasar jauh. Mungkin juga kita tersesat. Lapangkan jiwa kita. Maafkan. Hilangkan dendam. Hapuskan syak dan sangka buruk. Mohon keampunan atas salah dan silap kita sama ada dengan Allah atau dengan manusia. Istighfar dan taubat!
Teruskan bersangka baik. Teruskan berbuat kebaikan dengan sahabat yang kita cinta. Teruskan berukhuwah hanya kerana Allah. Teruskan memohon dan memberi maaf. Teruskan tersenyum dan mengalah. Kerna mengalah bukan bererti kalah namun ia adalah kemenangan dalam melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Moga ukhuwah yang teruji ini hanya sementara. Sesungguhnya saya rindu!
seikhlas kasihku ; Moga Allah tunjukkan jalan terbaik. Aku adalah manusia yang banyak mensia-siakan manusia di sekelilingku. Moga Allah bantu aku untuk terus mencari redhaNYA, menghargai kehadiranNYA dan manusia-manusia di sekelilingku. Sedih pilu hatiku hanya Engkau yang tahu wahai Allah. :'(
seikhlas kasihku ; Jumaat pertama Ramadhan 1434. Moga Allah izinkan nafasku hingga ke akhir Ramadhan. Ameen. Masih berbaki 3 Jumaat untuk kembali ke sarang tenang. Counting every second. :)



No comments :
Post a Comment