Ramadhan 14, 1434H.
Di ambang Nisf Ramadhan, jom muhasabah! Bagaimana 14 hari Ramadhan yang kita lalui ini. Makin bersemangat atau dah tersasar. Makin malas atau rajin. Masih suka su'u zhon, masih banyak mengumpat, masih ego memberi dan memohon maaf. Dah baca quran belum hari ni. Dah istighfar dan taubat ke tak harini. Moga-moga Allah masih beri ruang dan peluang untuk kita mencicip nikmat Ramadhan hingga ke akhirnya. Insya Allah. Ameen!
Andai kata sudah tersasar dan pudar semangat, terus bangkit. Jangan mengalah. Jangan malas. Teruskan melangkah. Yakin dengan janji Allah. Tajdid niat. Allah tahu hati kita. Pasti Allah bantu.
Hadiah untuk Cik Siti untuk terus bersemangat mengabdikan diri padaNYA, supaya terus yakin memohon dan terus berdoa untuk segala hajat dan impian ;
- Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
- Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
- Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Ramadhan, pasti ada doa yang Dia kabulkan. Moga kehendak kita selari kemahuanNYA. Ameen3 Ya Robb!
seikhlas kasihku ; Moga masa yang masih berbaki ini menguatkan lagi semangatku untuk terus berdoa dan memohon dengan sepenuh pengharapan. Moga tiada lagi putus asa dalam jiwa hambaku ini. Insya Allah. Aku tahu, Allah lebih tahu. :')
seikhlas kasihku ; Moga Islam akan terus menang. Esok Pilihanraya di Besut. 16-16 Insya Allah. Ameen3.


No comments :
Post a Comment