Harini terpanggil nak buat kompilasi 2014. Tahun ni tak banyak bercerita dan tak banyak menulis. Tapi, apa pun, salam takziah kepada mangsa banjir, MH17, MH370 dan the latest one QZ8501. Memang betul-betul tahun yang penuh tragedi dan ujian. Yang pasti, ujian Allah bukan sia-sia. Pasti ada sesuatu, pasti ada hikmah. Ayat cliche. Huuu. Teruskan bertabah buat yang terlibat. Bagi yang tak terlibat, teruskan mendoakan kebaikan untuk saudara-saudara kita. Teruskan mencari hikmah dalam setiap siri ujian yang Allah turunkan.
Berbalik kepada niat asal, nak mencoretkan kenangan manis, masam, pahit, tawar sepanjang 2014 ni. Moga-moga dapat jadi pedoman dan manfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Orang sekeliling? Sape pun tak tahu. Huuu~
1) Kita mulakan dengan awal tahun yang dipenuhi dengan exam untuk final semester. Alhamdulillah semua najah dan lulus. Maka, dengan rasminya bergelar graduan ijazah Syariah dari Universiti Mu'tah, Jordan. Alhamdulillah wa syukrulillah. Sangat-sangat bersyukur kerana ia satu perjalanan yang panjang yang kadang-kadang rasa mustahil untuk habiskan. Rasa sangat berat dan sukar perjalanan nak dapatkan Bachelor Of Syariah. T_T
Hanya Allah yang tahu, perit, tangis segala bagai yang dilalui sepanjang berada di sana. Pelbagai siri ujian hati, ujian ukhuwah, ujian diri sendiri dan pelbagai ujian lagi lah. Namun, Dia takkan menguji kalau diri ini tak mampu hadapi. Kan?
Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah air 1 Mac 2014 setelah transit selama hampir 12jam di Muscat, Oman. Bosan sebenarnye asyik naik Oman Air, tapi apakan dayaku, itu je yang termampu. Ni jugak dikatakan prinsip makan tuan. Dulu-dulu, asyik pesan kat orang, naik je flight ape2, biar transit lame-lame pun asalkan selamat sampai sudoh. Sekali sampai ke khirij, memang transit lame sokmo. Huhuhu..
![]() | |
| Hari Terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air. Perasan tak sape yang over. Hoho. |
![]() |
| Teman yang sentiasa bersama susah senang. Sayang kalian. |
2) Double happiness 2014 adalah dapat dua orang anak sedare sekaligus. Setelah lima tahun menanti, Alhamdulillah, Allah yang maha penyayang dan pengasih kurniakan Qisya Basyirah kepada kami pada 16 Januari 2014 dan Muhammad Faqih pada 12 Ogos 2014. Memang kedua-dua kanak-kanak kecik ini menjadi favourite Mama Ti dyeorang ni.
![]() |
| Mama Ti's little sweethearts |
3) Tahun ni dapat hadiah birthday paling best iaitu kembali menerbangkan diri ke Yaman. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak berziarah ke sana. Yang paling istimewa adalah sebab bermusafir bersama kesayangan saya iaitu mak dan ayah. Dan yang menunggu di sana adalah Firdaus, Syafiq, Kak Hasiah dan Sarah.
![]() |
| Fly again on 10th August |
![]() |
| Bersama Kesayangan |
Di Yaman, antara pengalaman terbaik adalah meliht sendiri keagungan dan kebesaran Allah Taala ketika saat-saat Muhammad Faqih keluar menjengah dunia. Masya Allah, dapat menyaksikan sendiri kesakitan seorang ibu bertarung untuk melahirkan seorang khalifah Allah di dunia ini. Dan yang paling istimewa, ia adalah natural birth tanpa sebarang bantuan ubat ataupun alatan lain seperti gunting atau vakum. Pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan dilupakan.
Kat sana juga, ditugaskan sebagai maid sepenuh masa, seawal pagi mandikan Muhammad Faqih, sediakan sarapan untuk kakak ipar, sediakan air mandian kakak ipar, bakar tungku, basuh baju, lipat baju, masak lunch & dinner dan pelbagai kerja lagi. Memang tak sempat berjalan pun kat sane. Dah memang niat dari awal lagi, ke sana sebab nak jaga orang pantang. So, memang itulah kerjanya.
![]() |
| Muhammad Faqih, setelah hampir 12jam kelahirannya. |
Hanya seminggu terakhir baru berpeluang ziarah maqam dan masjid dan sebagainya. Namun, sangat banyak ibrah yang dapat ketika di sana. Tak terungkap dengan kata-kata. Sehingga saat ini, masih banyak ibrah yang berbekas di hati. Allahu. Moga diizinkan sekali lagi~
![]() | |
| Di hadapan maqam Faqih Muqaddam, seorang wali besar di Tareem. |
![]() |
| Not so me. Seorang Fatimah Azzahra di library. |
![]() |
| Not so me. Fatimah Azzahra menyiapkan 4 assignments di rumah manis rumah. |
Tapi, Alhamdulillah. Fatimah Azzahra masih kekal kuat berdiri sendiri, memujuk diri sendiri walau kadang-kadang airmata yang menemani. Airmata dalam hati la kot. Macam takde airmata dah nk keluar untuk perkara-perkara seperti ini. :) *senyumkelat*
5) Perkara paling common kot di usia menginjak ke 24 tahun ni. Menghadiri walimah sahabat-sahabat. Jelesss kot. Tapi insya Allah, ada yang terbaik nanti. Akhir-akhir ni perkhabaran-perkhabaran sahabat berbadan dua sangat banyak. Alhamdulillah rezeki mereka. Saya sekarang dah jadi pakar rujuk ibu mengandung dalam grup. Huhu. Walaupun tak kawen lagi. Hahaha. Kadang-kadang tips nak beranak ataupun anak sakit, atau tips breastfeed ramai yang merujuk pada saya. Berguna jugak eh study awal-awal pasal ni. Alhamdulillah. :)
![]() |
| Masa si pengantin lelaki solat jumaat, kami menggila di pelamin. Haha |
![]() |
| Hari walimah ni, kami ada sebelas jemputan. Pengsan ~ |
Selesai kompilasi 2014 yang penuh suka duka. Penat menangis, Allah gantikan dengan senyum manis. Lalai dari mengingatiNya, Allah kirimkan ujian. Inilah adat seorang hamba dan Tuhan. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mengingati dan mensyukuriNya. Ameen~.
2014, terlalu banyak perkara baru yang dipelajari. Pelbagai rencam kehidupan yang dilalui. Moga segala yang berlaku dijadikan pedoman buat melalui 2015 yng mendatang. Allah, kuatkan dan lindungi ku dari putus asa. Ini doa yang saya pinta saban hari. Agar ujian yang melelahkan hati ini tidak sampai memberi kesan pada kepercayaan saya. Yang itu paling dirisaukan. Moga-moga. :)












No comments :
Post a Comment