Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, July 15, 2013

Teruskan tersenyum :)


Teruskan tersenyum, sahabat sayang.

Allah tahu, Allah dengar, Allah lihat, Allah pujuk, Allah sayang dan Allah ada.



Aku hanya sebagai sahabat yang menjadi bahu tempat bersandar, jadi telinga tempat meluahkan perit yang kau rasa. Aku tak mampu memberi tenang yang hakiki. Aku tak mampu untuk menyembuhkan luka perit hatimu, sayang. Namun aku tahu kamu ada iman. Aku yakin kamu pasti tahu Allah sentiasa ada untuk kamu dalam setiap jatuh bangun perit luka nan pedih. Allah adalah tempat kembali mencari tenang yang sebenar-benarnya. Allah maha penyembuh segala luka di hati. Teruskan tabah dan melangkah! 




"Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin. Seluruh perkaranya baik baginya. Tidak ada hal seperti ini kecuali hanya pada orang mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan lantas dia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesulitan lantas dia bersabar, maka hal itu baik baginya." (Riwayat Muslim, no. 2999)

Uhibbuki Fillah!

seikhlas kasihku ; Ramadhan 5. Hidup penuh ujian. Ada yang diuji dengan kesusahan. Ada yang diuji dengan kesenangan. Di mana mana pun kita tetap teruji. Sentiasa bersangka baik. Teruskan melakukan kebaikan. Hiduplah dengan penuh kebaikan. Pasti Allah akan ganjarkan dengan sebaik baik ganjaran. Janji Allah pasti. :)

seikhlas kasihku ; Ifthor bersama mama Arab sekeluarga. Pekena maqlubah setelah 2minggu bercuti dari memakan nasi. Senak. Kenyang. Alhamdulillah wa Syukrulillah. Moga Allah rahmati dan ampuni mereka sekeluarga. Ya Allah, saksikanlah kebaikan2 mereka buat kami perantau mencari ilmu.

AidilAdha 2011

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 4.

Aku tak pernah membenci dirimu,

Aku tak pernah meninggalkan dirimu,

Aku tak pernah lupakan dirimu,

Aku tak pernah padamkan dirimu dalam hidupku.

Kamu, wahai teman,

Sentiasa ku sayang dan kasih walau bukan seperti dulu,

Sentiasa ku ingat dalam relung waktu dan masa,

Sentiasa ku rindu dalam titisan air mata,

Dan selalu ada dalam setiap doa dan ingatan.





Untuk teman istimewa ini, ku hadiahkan padamu gubahan kata ini. Aku tak pasti andai kau masih mengingatiku lagi. Tapi bagiku setiap masa yang berlalu, masih ada lagi sisa sisa kenangan antara kita. 3 tahun bersama tak mudah bagiku untuk melupakan. Biarpun, aku yang menghancurkan harapan tapi aku ada prinsip hidup ku sendiri untuk dipertahan. Moga Allah sembuhkan segala rawan hatiku yang masih bersisa. Moga Allah pimpin dikau dengan taufiq, hidayah dan inayahNYA. Aku hanya mampu mendoakan. Itu yang terbaik bagi kita. Salam Ramadhan wahai teman. Moga Ramadhan ini yang terindah buat kita. Juga buat semua. Ameen. 


seikhlas kasihku ; Allah, kuatkan aku. Lindungilah aku dari putus asa. Pandanglah aku dengan penuh rahmat dan kasihMU. Hanya Engkau tempat aku bersandar memohon segala yang terbaik untuk kehidupan. Terima kasih Ilahi Rabbi atas nikmat dan peluang ini. Kau yang mampu mengejutkan aku dari lena yang panjang ini. Moga terus kekal nikmat ini hingga nyawaku di akhir nafas. Ameen. 

seikhlas kasihku ; Terima kasih Allah atas kurnia teman yang sangat memahami dan setia menemani. Atas kurnia keluarga yang sangat supportive. Moga Allah kurnia rahmat dan keampunan buat semua. Mohon doa untuk exam esok dan kesihatan yang kurang elok. Moga Allah redha. Counting the days~


Friday, July 12, 2013

Tika ukhuwah teruji.


Assalamualaikum wbt.

Salam 3 Ramadhan, Jumu'ah Mubarakah. Dah baca Al-Kahfi? Moga sentiasa dihidupkan hati-hati kita untuk mengingatiNYA. Ameen. Dah lame tak tulis secara formal. Asyik random je. Hee..

Bercakap pasal ukhuwah, hubungan persahabatan atau hubungan sesama manusia memang banyak sangat ujiannya. Kadang-kadang sampi tak tertanggung. Kadang-kadang hingga tak terjangkau dek akal. Masya Allah. Subhanallah. Allah maha hebat. Dia hanya satu tapi Dia menciptakan semua manusia dengan pelbagai rasa dan cara. Pelbagai rencam dan ragam. Pelbagai kerenah. Dan Allah juga yang maha mendengar segala doa dan aduan hambaNYA tanpa pernah gagal. Sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besar masalah yang diadukan. Dan Allah jua ada caranya tersendiri to comfort us, untuk menyembuhkan kita andai kita disakiti. Untuk selesaikan masalah andai kita kebuntuan. Dia sentiasa ada.



Dalam menjalin ukhuwah kadang-kadang ia teruji. Tak selalu ia manis. Ada ketika pahit menjelma. Kadangkala airmata menemani. Senyuman menyembunyikan diri. 

Tika ukhuwah teruji, kembalilah kita pada yang mencipta kita. Kembalilah kita kepada Allah. Hitung kembali apa yang kita laksanakan sepanjang berukhuwah. Muhasabah kembali. Jangan sentiasa menyalahkan orang lain. Nilai diri kita dahulu. Mungkin adakala apabila kita terlalu asyik kita berukhuwah dengan sahabat sefikrah, kita tinggalkan sahabat yang lain. Mungkin adakala kita terlalu asyik berdendam dengan manusia yang melakukan kesilapan kepada kita. Mungkin adakala hati kita belum ikhlas dalam membina ukhuwah.

Jernihkan hati kita. Betulkan kembali jalan-jalan yang kita lalui sepanjang ukhuwah ini. Mungkin adakala kita tersasar jauh. Mungkin juga kita tersesat. Lapangkan jiwa kita. Maafkan. Hilangkan dendam. Hapuskan syak dan sangka buruk. Mohon keampunan atas salah dan silap kita sama ada dengan Allah atau dengan manusia. Istighfar dan taubat!



Teruskan bersangka baik. Teruskan berbuat kebaikan dengan sahabat yang kita cinta. Teruskan berukhuwah hanya kerana Allah. Teruskan memohon dan memberi maaf. Teruskan tersenyum dan mengalah. Kerna mengalah bukan bererti kalah namun ia adalah kemenangan dalam melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Moga ukhuwah yang teruji ini hanya sementara. Sesungguhnya saya rindu!




seikhlas kasihku ; Moga Allah tunjukkan jalan terbaik. Aku adalah manusia yang banyak mensia-siakan manusia di sekelilingku. Moga Allah bantu aku untuk terus mencari redhaNYA, menghargai kehadiranNYA dan manusia-manusia di sekelilingku. Sedih pilu hatiku hanya Engkau yang tahu wahai Allah. :'(

seikhlas kasihku ; Jumaat pertama Ramadhan 1434. Moga Allah izinkan nafasku hingga ke akhir Ramadhan. Ameen. Masih berbaki 3 Jumaat untuk kembali ke sarang tenang. Counting every second. :)

Thursday, July 11, 2013

Never loose hope!


Setiap hari baru pasti ada sesuatu yang baru yang akan dipelajari,

Pasti ada hikmah baru yang Allah singkapkan,

Moga Allah sentiasa campakkan nur hidayahNYA di hati kita, hamba-hambaNYA yang berdosa.

Allahumma a'inni 'alaa zikrika wa syukrika wa husnu 'ibadatika.

اللهم أعني على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك



Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana, aku tanpa cintaMU bagai layang-layang terputus talinya.


Moga Allah sentiasa memandangku dengan penuh rahmat, ksih dan cintaNYA. Ameen.





seikhlas kasihku ; Random entry. Salam 2 Ramadhan. Mula merindukan suasana terawih di surau di tanah air. Moga diberi kesempatan untuk kembali. Insya Allah. Mula menghitung hari untuk pulang ke sarang tenang padahal imtihan tsani baru je start. Hee.. May Allah ease~ :)

Wednesday, July 10, 2013

Dia sentiasa ada.


Dalam ingat atau leka, Allah sentiasa ada untuk kita,

Dalam gembira atau duka, Allah sentiasa ada untuk kita,

Dalam lena atau jaga, Allah sentiasa ada untuk kita,

Dalam benci atau suka, Allah sentiasa ada untuk kita,

Dalam setiap ketika, Dia pasti ada,

Dalam setiap musim, Dia akan sentiasa ada,

Jangan pernah lupa untuk syukuri Dia, ingati Dia.

Walau seribu kali kita lalai, Dia selalu ada,

Walau seribu kali kita lupa, Dia tak pernak sedetik pun lupakan kita.

Kerna dalam setiap nafas kita, Dia yang kurnia,

Dalam setiap kudrat kita, hadiah dari Dia,

Setiap hari baru, nikmat dari Dia yang tak pernah lupakan hambaNYA.

Allah, kadang-kadang aku lupa, kadangkala aku leka dengan kerenah dunia,

Ampunkan aku, ampunkan dosaku yang menggunung tinggi,

Ampunkan dosaku yang terdhulu dan akan datang,

Ampunkan dosaku yang sedar atau tidak,

Ampunkan dosaku yang tersembunyi atau nyata,

Aku ingin akhirku di selimut cinta..

Cinta agung-MU.






seikhlas kasihku ; 1 Ramadhan, Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang menikmati bulan penuh cinta ini. Moga diberi nafas hingga ke akhirnya, insya Allah. Seronok rupanya Ramadhan di Jordan walaupun sentiasa merindukan tanah air sendiri. :')

seikhlas kasihku ; Moga Allah merahmati dan mengampuni lecturer subjek Hadharah Islamiyyah, Dr. Zarif Mu'ayatoh. Dipanggil pulang ke hadratNYA pagi 1 Ramadhan. Ya Allah, saksikan lah setiap kebaikan yang dia lakukan buat para pelajarnya. Al-Fatihah. Ameen. :'(

Sunday, July 7, 2013

ahlan ya Ramadhan!







Berbaki kurang lebih 2 hari lagi untuk tiba bulan mulia, RAMADHAN KAREEM. Ahlan ya Ramadhan. Bulan penuh cinta, rahmat dan ihsan dari Tuhan sekalian alam buat kita hambaNYA yang mengharapkanNYA setiap masa & ketika. Bulan yang setiap kebaikan akan diberi balasan berganda-ganda. Bulan yang di dalamnya penuh peluang dan ruang untuk mengikat cinta dengan Tuhan. Bulan yang di dalamnya penuh rasa ta'abud dan pengabdian. 

Allahumma balighna Ramadhan. Insya Allah. Ameen. :')






seikhlas kasihku ; moga Allah terus kuatkan aku. moga Allah terus membimbing aku dalam istiqamah dalam ketaatan kepadaNYA. moga Allah sentiasa pandang aku dengan penuh rahmat kasih sayangNYA. moga Allah permudahkan segala urusan kehidupanku. moga Allah terus menjadi tempat aku bersandar dalam bertatih mencari cintaNYA. 

seikhlas kasihku ; ampunkan aku Ya Allah atas segala dosa dosaku yang seluas lautan ini. keampunanMU amat luas Ya Allah. ampunkan dosaku yang terdahulu dan yang akan datang. dosa yang nyata atau tersembunyi. Ameen3. :'(

Friday, July 5, 2013

RINDU

Rindu tiba tiba menjengah menyesakkan dada. Rindu yang terlalu. Rindu yang amat sangat. Hingga daku tak mengerti mengapa dia harus ku rindukan lagi. Rindu yang tiba tiba ini sangat menyakitkan dan memeritkan. Tapi aku pasti Allah takkan datngkan ujian rindu ini sia sia. Pasti di sebalik hal rindu ini, Dia juga merindukan rayuan hambaNYA ini. Allah, aku benar banar keliru. Buntu. Sakit. Perit. Pedih.   T_T

Ya Allah, andai rindu ini benar, tunjukkanlah jalan kepada hambaMU ini untuk melepaskan rindu ini. Andai rindu ini sia sia dan penuh kepalsuan, hilangkan lah ia dari hatiku. HambaMU ini takkan mampu sendiri. Hanya Kau sebaik baik tempat aku memohon perlindungan kekuatan harapan.  :'(



seikhlas kasihku ; Tak sabar mahu pulang ke sarang tenang. Moga Allah beri yang terbaik buat aku. Hanya Dia yang mengerti segalanya.