Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, masih bernafas dengan segala nikmat yang Allah berikan. :)
Harini berjalan2 di sekitar facebook, youtube, blogwalking dan macam2 la. Seputar episod duka di Mesir. Memang sangat tragis. Pilu bila dikenangkan. Hiba bila difikirkan. Tapi apa yang mampu kita sumbangkan. Hanya doa, doa dan doa. Kerana itulah senjata mu'min. Insya Allah janji Allah pasti. Yang haq pasti akan bangkit kembali. Cume entah bila dan ketika. Moga nusrah Allah sentiasa bersamamu, Morsi!
Huuu~ Tengok tajuk lain, aik.. tibe2 muqadimahnye lain.. Hee. Saje je berkongsi seputar isu semasa. Menghangatkan balik momentum momentum dalam diri yang asyik nak terlayu dek penangan cinta dunia dan takutkan mati. Kite hangat kan lagi dengan satu perkongsian yang sangat menarik bagi saya. Saya klik2 di youtube tadi terjumpa video tentang surah Ad-Dhuha. Kupasan yang menarik dari Syeikh Tawfique Chowdury.
Bagaimana surah Ad-Dhuha mampu mengembalikan cas2 positif dalam diri kita. Kita tengok bagaimana sirah menceritakan bahawa surah Ad-Dhuha ini diturunkan setelah 6 bulan Rasul tak menerima apa2 wahyu. Rasul pun tak mendapat apa2 mimpi. Malah Jibril sekalipun tidak memunculkan dirinya sepanjang 6 bulan tu. Masa tu Rasulullah rase sangat2 sedih, rase seperti dipinggirkan, rase seperti Allah tak mahu lagi mendengar rintihan dan rayuan daripada baginda. Baginda pun boleh rase macam tu. Apatah lagi kita. Hamba Dia yang penuh dengan dosa noda luka titik hitam. :'(
Tapi, Allah itu sebenarnya amat dekat. Dekat dengan RasulNYA. Dekat jua dengan kita hambaNYA yang penuh dosa noda ini. Allah ini seperti sangkaan hamba hambaNYA. Allah berfirman dalam surah Ad-Dhuha ayat first : [Demi waktu Dhuha!] Bermakna bahawa, Allah nak suruh kita tengok pada waktu dhuha tu. Hayati kenapa Allah ciptakan waktu dhuha yang cantik dan indah itu. Yang mane pada waktu dhuha matahari tak terlalu terik memancar, awan tak terlalu mendung untuk meliputi. Ia adalah waktu yang di tengah-tengah. Waktu yang sederhana. Allah menciptakan waktu Dhuha ini antaranya adalah untuk menunjukkan bahawa hidup ini tak selalu mendung. Ada juga waktu cerah dan cantik. Ada juga ketika dan waktu kita gembira dengan kehidupan kita. Bukan setiap waktu kita kene sedih dengan ujian kehidupan. Sentiasa positif dan bersemangat!
Pada ayat kedua pula yang membawa maksud ; [ Dan pada malam yang telah sunyi ]
Bermakna Allah menjadikan malam yang gelap dan mendung itu. Pandanglah malam itu sebagai satu masa untuk kita istirehat, muhasabah dan menangisi dosa dosa kita. Tapi bukanlah sepanjang hari kita adalah malam. Maka apabila tiba siang teruskan bangkit teruskan melangkah. Jangan sentiasa suu zhon dengan segala ujian dan mehnah kehidupan yang Allah beri. Sebab itu Syeikh Tawfique kate ade orang suka berjaga pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Itulah adalah orang yang rugi. Dia akan sentiasa merasakan dirinya dalam kegelapan dan kemendungan sebab dia tak pernah mengambil ibrah dari kehidupan siangnya. So, kita sebagai orang yang berjaya teruskan mengambil ibrah samada siang atau malam. Teruskan berfikiran positif!
Kemudian Allah berkata lagi ; [ Tuhanmu tidak akan meninggalkanmu malah tidak akan membencimu ]
Dan lagi ; [ Dan sungguh yang kemudian itu adalah lebih baik dari yang permulaan ]
Bermakna bahawa akhirat adalah lebih baik dari dunia ini. Dunia adalah tempat tanaman manakal akhirat adalah tempat menuai tanaman itu. Akhirat itu adalah tujuan kita yang utama. Dunia adalah tempat persinggahan kita untuk mencari bekal dibawa ke sana. Walau bagaimanapun, hiduplah di dunia dengan sebaik-baiknya. Gunakan peluang yang ada untuk membuat sekecil kecil kebaikan. Kerana Allah sayanglah Allah masih beri kita peluang untuk kita meneruskan kehidupan. Apa lah salahnya andai kita gunakan kehidupan ini dengat berbuat kebaikan.
Dah panjang ni.. Nanti sambung balik.... :'(