Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah harini dah setel imtihan awwal untuk fasal soifi ni. Alhamdulillah wa syukrulillah. Siap dah dapat markah pon. Hee~ Ape2 pon thanks to Allah sebab bagi yang terbaik buat daku walaupun dalam keadaan hati yang terumbang ambing & kucar kacir. Hanya Dia yang tahu. :')
Harini ade mende nak kongsi sharing2 pasal kembara mencari cinta agung. Bermula segalanya di sini. Sebenarnye nak kongsi pengalaman gi umrah baru2 ni. Kembara mencari cinta agung la. Cinta tuhan yang satu. Dan kat sini la bermula segalanya. Alhamdulillah. Dia maha tahu. Hee~
Actually, plan ni asalnya dari tahun lepas lagi. Tapi waktu tu kan rase macam xdela semangat. Cme rase macam eh2 dah alang2 blaja kat Jordan ni pahtu ade abang pulak kt Yaman tu bolehla nak gi umrah. Just fikir macam tu. Kadang kadang kalau rajin doa. Kalau malas tak. Terukkan? Lepas tu pulak kebetulan abang yang dekat Yaman tu diuji dengan sakit yang agak berat yang memaksa dia pulang ke Malaysia untuk tempoh yang agak lame. Makanya, plan tersebut ditangguh lagi. Jadi, saya pon membawa diri ke Kota Seribu Menara. Kononnye la membawa diri. Huu~
Dah balik ke Bumi Syuhada' Mu'tah i, tibe2 mendapat perkhabaran sefamily akan berangkat menunaikan umrah sebagai hadiah sempena annivessary abang yang sulung. Waktu tu dah timbul bibit bibit cemburu di hati. Tapi masih tak usaha dan doa lagi. Lepas dah setel2 sume tu, abang yang ketiga tu kembali ke Yaman. Senangnya namanya Syafiq. Dia yang sangat bersungguh2 nak bawa saya adiknya menjejak cinta teragung. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan abang yang maha bersungguh2 melaksanakan tanggungjwab nye. Alhamdulillah atas nikmat ini. :')
Setelah pelbagai usaha dan doa yang tak putus2 Alhamdulillah Allah beri izin saya jadi tetamuNYA. Memang saya doa bersungguh selepas diasak dengan ujian yang bertalu2. Selepas pelbagai provokasi saya memang doa sungguh2 moga Allah terima saya jadi tetamuNYA. Saya tau bukan mudah tapi setiap kali ade peluang memang saya tak henti doa perkara yang sama. Hanya Allah yang tahu betapa saya hambaNYA yang sentiasa meminta2. Dia perkenankan segalanya. Alhamdulillah. Janji Allah.
Allah la satu2nya yang tidak memungkiri janjiNYA. Yang penting teruskan berdoa dan meminta. Teruskan melakukan kebaikan. Teruskan berharap dengan penuh ihsan. Saya pasti Dia pasti pandang. Dia takkan biarkan kita sendiri tergapai gapai. Allah kan maha baik. Sentiasa husnu zzon dengan segala takdirNYA. Allah always loves us. Without Him we are nobody.
Ok, sambung balik. Saya tiba di Mekah Alhamdulillah pagi Jumaat yang penuh keheningan dan ketenangan. Perjalanan selama 30 jam dari Jordan saya isikan dengan doa. Segala apa yang saya rasa perlu, saya terus doa. Waktu tu saya hanya fikirkan hanya Allah yang tahu segala di hati saya. Hanya Allah yang tahu apa tujuan saya ke sini, ke tanah dan rumahNYA. Memang hanya Dia yang benar2 tahu.
Saya akui pertama kali saya melihat Baitullah saya tak rase ape2. Saya akui. Mungkin pada waktu tu saya terlalu bergantung pada doa2 yang saya hafal. Saya terlalu sibuk melihat ragam manusia yang terlalu ramai. Tambah pula hari tu hari Jumaat. Tambah2 lagi, Syafiq taknak bersama saya untuk melaksanakan umrah pertama saya. Waktu tu saya hanya fikir sedih saya. Saya memang betul2 kosong waktu. Hanya harapkan Syafiq saje. Memang waktu tu tengok Kaabah pon rase kosong. Macam tak rase ape2. Sedih kan. Macam takde perasaan. Rase macam orang bodoh pon ade. Dalam hati saya Ya Allah nape aku tak nangis macam orang lain Ya Allah. Tapi tetap tak keluar air mate. Saya mulakan umrah saya tanpa bimbingan. Saya cuma rase rugi sangat sebab tak betul2 study pasal doa masa tawaf pasal umrah. Waktu tu saya rase menyesal tapi satu saya fikir ape pon saya doa Allah pasti dengar. Saya doa dengan ape yang saya rase nak doa. Alhamdulillah selesai umrah saya walaupon dalam keadaan hati kucar kacir.
Hari kedua saya memang fokus duk dalam masjid ngaji dan solat. Waktu Dhuha, cuba cari peluang untuk solat di belakang Maqam Ibrahim sebab tu je tempat yang saya konfiden untuk gi sendiri. Alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya. Memang tak tipu, waktu dhuha waktu yang sangat indah di MasjidilHaram. Walau tak dapat feel betul2 lagi waktu tu tapi saya cuba. Saya cuba terjemahkan rasa syukur saya dalam solat2 dan zikir saya. Saya fikir asal saya ikhlas Allah tahu betapa saya cuba menterjemahkan rasa hati yang paling dalam buatNYA. Akan sampai satu saat saya akan rasa. Itu yang saya fikir.
Umrah kedua saya malam tu diketuai oleh adik2 medik JUST. Alhamdulillah selesai dengan baik walaupun dalam hati kecil saya tertanye2 saya tiada doa2 khusus dan tertentu untuk setiap kali pusingan tawaf dan saie sedangkan adik2 tu ade doa2 yang tertentu. Saya doa je apa yang terlintas di hati. Saya fikir selagimana saya ikhlas dan cuba untuk ikhlas Allah pasti bantu. Dan memang Allah bantu dalam setiap langkah saya di sana. Saya sentiasa di temukan dengan manusia manusia yang ikhlas hatinya.
Di Bumi Berkat ini, saya hanya fikir untuk bersangka baik dengan Allah. Saya tahu Dia punya susun atur yang terbaik buat saya. Saya yakin Dia sentiasa faham apa kehendak dan hajat saya. Saya pasti itu. Bila berlaku ujian2 hati yang menyerang perasaan, saya hanya pujuk hati saya dengan doa Ya Allah bantulah aku dalam sentiasa mengingatiMU, bersyukur kepadaMU dan berbuat baik kepadaMU. Tu je doa yang sentiasa terlafaz dari bibir saya. Ia adalah doa yang sangat indah dan istimewa bila diamalkan. :)
Hari ketiga adalah hari kemuncak bagi saya. Hari yang sangat istimewa. Perasaan tu tak same seperti hari2 sebelumnya. Alhamdulillah. Allah bagi rase tu pada saya. Rase yang sangat istimewa. Tak pernah rase sebegitu. Tak dapat digambarkan dengan kata2. Sebab tu adalah rase yang sangat magik. Hanya yang mengalami akan tahu. Terima kasih Allah atas segala peluang yang Engkau bagi pada hambaMU yang hina dina lagi banyak dosa ni. Allah mudahkan saya untuk berdoa di Multazam, di Hijr Ismail bawah corong emas. Allah mudahkan segalanya. Allah bagi saya peluang untuk saya bergerak sendiri. Setiap masa yang terluang saya isikan dengan tawaf sunat. Saya pernah ke Hijr Ismail bersendirian. Namun Allah permudahkan segalanya. Saya tahu Dia maha tahu. Allah bagi saya rasa keindahan 'ubudiyyah kepadaNYA. Allah bagi saya rase betapa kecilnya saya betapa hinanya saya betapa naifnya dalam kalangan manusia yang sangat ramai itu. Allah jernihkan hati dan fikiran saya. Allah beri peluang pada saya untuk saya berdoa dengan seikhlas hati saya. Dan di situ la bermula segalanya Alhamdulillah.~
Terima kasih untuk mahramku. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan didikan. Dalam tak sedar banyak perkara yang saya belajar dengannya. Belajar meniti di atas jalan tawakkal. Belajar menghayati kuasa doa. Belajar erti pengorbanan. Belajar makna kasih sayang kerana Allah ini. Belajar berdiri sendiri dalam menangkis ujian yang tak bertepi. Belajar untuk tak berharap kepada manusia. Dan yang paling penting, belajar erti tidak putus asa dengan rahmat Allah. Bersyukur sangat dapat meluangkan momen2 manis sepertiga malam di tempat paling berkat dan mulia. Meluangkan masa menceritakan segala pengalaman pahit maung kehidupan dalam tempoh permusafiran kita. Allah tahu cara terbaik memaknakan erti silaturrahim adik beradik yang kadangkala jauh. Inilah kenangan yang paling bermakna. Alhamdulillah.
Fuhh.. panjang coretan kali ini. Sekadar bekal buat peringatan buat hamba hina dina ini yang kadangkala tersasar dan tersadung dalam jalan yang penuh liku ini. :)